Bagi yang baru mula nak berniaga, barangkali salah satu perkara awal yang kita biasa hadapi masalah adalah untuk memilih gambar bagi mempromosikan produk kita. Pemilihan produk adalah perkara kritikal kerana ia akan memberi impak kepada keberkesanan pemasaran kita.

Istilah ‘Don’t judge a book by it’s cover’ tak boleh dipakai dalam dunia pemasaran. Tugas utama dalam buat pasaran adalah untuk menyakinkan orang. Oleh itu jika kita mempamerkan gambar yang kurang kualiti, ia akan mengurangkan keyakinan orang terhadap produk kita apatah lagi untuk membeli

tudung halfmoon

Contoh diatas menunjukkan salah satu contoh baik didalam mempamerkan produk. Pertama sekali , peniaga tersebuk memilih model yang menarik serta ‘photographer’ yang professional bagi menghasilkan gambar produk yang kualiti.

Anda rasa adakah produk tudung itu benar-benar menarik atau ada faktor lain yang menambahkan tarikan? Andai kata diletakkan kepada model yang kurang menarik, pandangan pelawat barangkali akan menjadi berbeza dalam menilai produk tersebut.

Sebenarnya kebanyakkan pelawat membeli produk tersebut kerana mereka akan merasakan jika mereka memakai produk tersebut mereka akan kelihatan menarik seperti di dalam gambar. Mereka membeli atas dasar perasaan. Mereka akan rasa diri mereka akan bertambah cantik dengan memakai produk tersebut.

bmw-austin-service

Jika kita lihat pada kereta BMW pula. Adakah pembeli membeli BMW disebabkan ciri-ciri yang ada pada BMW atau pembeli beli BMW sebab mereka akan merasakan diri mereka hebat jika memiliki BMW. Kami yakin kebanyakkanya membeli BMW kerana perasaan hebat dengan memilikinya.

Kebanyakkan syarikat-syarikat yang besar, mereka akan menghabiskan banyak duit untuk menghasilkan gambar produk yang gempak kerana mereka tahu bahawa pelanggan inginkan perasaan hebat jika membeli produk mereka dan bukan semua pelanggan membeli sebab teknikal yang ada pada produk itu

ogawa1

Jika kita lihat pula pada brand ‘Ogawa’. Bagaimana mereka nak mempromosikan produk bantal mereka. Mereka letakkan seorang model yang kelihatan begitu tenang dan selesa ketika menggunakan produk mereka. Ia akan memberi kesan bahawa “Produk Ini Berkesan”. Jika kita hanya mempamerkan gambar produk sahaja, gambar tersebut akan rasa kosong dan kurang menarik.

Kami harap dengan penulisan pendek ini dapat membantu anda membuat keputusan cara untuk memilih gambar untuk tujuan pengiklanan.

 

Tips Pemilihan Gambar Untuk Pengiklanan Produk

Leave a Reply